Friday, 2 December 2011
PRASEKOLAH 1 MALAYSIA: KPD 3026 Sandwich
PRASEKOLAH 1 MALAYSIA: KPD 3026 Sandwich: Download Video as MP4
Thursday, 1 December 2011
Friday, 17 June 2011
Nama Ahli Kumpulan
![]() |
Assalamualaikum semua.......... |
1. Siti Rohani bt Yusoff
2. Rafidah bt Che Saad
3. Hasnita bt Awang
4. Shakiroh bt Isa
5.Siti Nooriza bt Abdullah
6. Hafni bt Bahari
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Nama Kelas : Prasekolah 1 Malaysia
Bil. Murid : 25 orang
Tarikh : 25 Mei 2o11
Masa : 9.00 - 10.00 pagi
Tunjang : Bahasa dan Komunikasi

FOKUS MI
a) Menjana idea
b) Menyelesaikan masalah
d) Memberi pandangan
KEMAHIRAN BERFIKIR
a) Menjana idea
b) Menyelesaikan masalah
c)Membanding beza
d) Memberi pandangan
HASIL PEMBELAJARAN
3.4.2 Memadankan gambar dengan perkataan
2.1.7 Menamakan objek di persekitaran
4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul
3.2.2 Mengenali lagu berdasarkan melodinya
3.5.6 Membatangkan 2 suku kata tertutup menjadi perkataan
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
a) Membezakan huruf vokal dan konsonan
b) memadankan perkataan dan gambar dengan betul
d) Membaca 2 suku kata terbuka dan suku kata tertutup
Contoh : duku, ciku, limau, rambutan, betik, oren, epal,
salak, nanas
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Pelajar pernah melihat dan memakan buah-buahan
PENERAPAN NILAI
Berani mencuba, Bekerjasama dan Yakin BAHAN BANTU MENGAJAR
a) Gambar buah-buahan
b) Kad nama buah
c) Kertas sebak
d) Buah-buahan sebenar
PENGGABUNGJALINAN
Kognitif, Kreativti & Estetika dan Fizikal
SET INDUKSI (6 MINIT)
a) Guru melafazkan pantun kepada murid.
b) Guru bertanyakan soalan samaada murid pernah merasai buah-buahan tersebut.
c) Murid menamakan buah yang ditunjukkan oleh guru.
d) Murid cuba menyebut huruf vokal yang terdapat pada buah.
LANGKAH 2 (12 MINIT)
a) Guru menyanyikan lagu buah-buahan.
b) Murid menamakan buah-buahan berdasarkan lagu.
c) Murid memilih gambar buah-buahan yang disebut dalam senikata lagu.
LANGKAH 3 (20 MINIT)
a) Murid memilih gambar yang ditunjukkan oleh guru.
b) Murid mengeja suku kata yang dipamerkan oleh guru.
c) Murid membatangkan suku kata untuk membentuk perkataan.
d) Murid memadankan suku kata menjadi perkataan yang bermakna.
LANGKAH 4 (15 MINIT)
a) Murid melakukan aktiviti memadankan gambar denganperkataan.
b) Murid mengambil gambar buah daripada kotak beracun yang disediakan.
oleh guru dan memadankan dengan perkataan.
c) Murid yang berjaya memadankan gambar dengan betul perlu mengeja
semula nama buah tersebut.
PENUTUP (7 MINIT)
1) Murid menyebut semula huruf vokal dan konsonan yang mereka ketahui.
2) Murid mengeja semula nama buah yang telah dipelajari.
3) menyanyikan semula lagu buah-buahan bersama-sama guru.
Setiap pagi membeli roti,
Roti dibeli dari kumari,
Isinya sedap enak sekali,
Buah apa yang banyak duri?
Jawapan :
Lompat tinggi si anak tupai,
Anak tupai tidak berbulu,
Kalau adik bijak pandai,
Buah apa banyak bulu?
Jawapan :
Mari kita kenali huruf vokal
SENIKATA LAGU
Jambu, manggis dan durian,
Kelapa juga rambutan,
Cempedak dan jambu batu,
belimbing, langsat, pulasan.
Buah mangga. pisang, nangka,
Semua enak dimakan,
Mari kawan mari semua,
Makan buahan tempatan.
Saturday, 11 June 2011
Ahli Kumpulan
Subscribe to:
Posts (Atom)